assalamualaikum dan salam 1 Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Sunday, 22 January 2012

PENGENALAN OLAHRAGA

http://olahraga2u.wordpress.com/category/olahraga/





SEJARAH OLAHRAGA




          Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini.
Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1½ inci (7.0485).


           Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment